Isnin, 27 Julai 2015

Peristiwa Penting Di dalam Bulan Syawal



Bulan Syawal merupakan bulan kesepuluh di dalam taqwim Hijriyah yang penuh keutamaan dan keistimewaan. Secara harfiah, Syawal berarti peningkatan. Hal ini demikian kerana segala amal ibadah mahupun latihan yang dijalani selama sebulan penuh ketika Ramadhan, hendaknya dapat dilipatgandakan kualiti dan kuantitinya pada bulan ini.
Keistimewaan Syawal semakin nyata dengan anjuran berpuasa sunnah selama enam hari. Rasulullah SAW sangat menekankan ibadah ini, dan dibuktikan dengan banyaknya hadis berkait amalan puasa tersebut.
Selain itu, sejarah awal Islam juga mencatat sejumlah peristiwa penting yang terjadi di bulan Syawal. Beberapa di antaranya bahkan memiliki pengaruh kuat terhadap keberhasilan pengembangan agama Islam di fasa berikutnya.
1. Perang Uhud
Berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.
Hal ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar Asadullah (Singa Allah).
Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.
2. Perang Bani Qainuqa.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Pasukan Islam pimpinan Rasulullah memerangi kaum Yahudi lantaran mereka memusuhi kaum Muslim. Mereka juga yang pertama mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh kedua pihak.
3. Perang Bani Sulaim di Kudri.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Rasulullah berangkat menuju Qarqarah al-Kadr untuk memecah pasukan Bani Sulaim dan Gathafan.
4. Perang Khandaq
Berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda.
Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab
5. Perang Hunain.
Pertempuran antara Nabi Muhammad dan pengikutnya melawan kaum Badui dari suku Hawazin dan Tsaqif pada tahun 630 M atau 8 H, dari Mekkah ke Thaif. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan mutlak bagi kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak.
Pasukan Muslimin saat itu 12,000 orang, terdiri dari 10,000 Muslim yang turut serta dalam penaklukan Makkah, ditambah 2,000 orang Quraisy Mekkah yang baru masuk Islam. Perang ini terjadi sekitar dua minggu setelah penaklukan Makkah, atau empat minggu setelah Muhammad meninggalkan Madinah.
6. Perang Tha’if.
Orang-orang Tsaqif yang melarikan diri dari perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka di Thaif. Rasulullah SAW mengejar mereka melewati daerah-daerah Nakhla al-Yamaniyah, Qarn, al-Mulaih dan Bahrah ar-Rugha. Baginda kemudian membangunkan markaz dan mengepung benteng-benteng Thaif selama lebih dari 20 malam.
Rasulullah SAW melempari orang-orang Thaif dengan senjata manjanik (pelempar batu). Perang Thaif adalah perang pertama di mana kaum Muslim menggunakan senjata manjanik. Dalam peperangan Thaif ini juga digunakan dabbabah, iaitu sejenis alat perang yang digunakan untuk menghancurkan pintu-pintu benteng.
7. Pernikahan Rasulullah.
Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah ra dan Ummu Salamah.
8.Kelahiran Imam Bukhari
Lahirnya Imam Bukhari pada bulan Syawal, iaitu tahun 194 Hijriyah. Beliau wafat pada tahun 256 H iaitu di malam ‘Eidul Fitri dan dimakamkan pada hari raya 1 Syawal.
9. Kelahiran Abdullah bin Zubair
Lahirnya Abdullah bin Zubair, dan dialah bayi pertama muhajirin yang lahir dimadinah pada 1 Hijriyah

Demikianlah tadi di antara beberapa peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal, mudah-mudahan kita bukan sekadar menyambutnya dengan meraikan kemenangan tetapi kita turut menghayati sirah penting yang berlaku di dalamnya.

Khamis, 23 Julai 2015

Suka, duka sambut Aidilfitri perlu dijadikan iktibar



     







Oleh Mior Kamarul Shahid
miorkamarul@gmail.com

AIDILFITRI adalah hari istimewa kepada umat Islam untuk bergembira setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Di sesetengah tempat, hari raya yang jatuhnya pada setiap 1 Syawal, disambut dengan meriah. Rumah terbuka dengan pelbagai makanan dan kuih-muih disajikan kepada saudara-mara dan sahabat-handai yang datang berkunjung.

Bagi anak-anak, ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu yang menjanjikan mereka dengan pakaian baharu pelbagai warna. Kegembiraan berhari raya yang dirasai oleh anak-anak ini adalah proses yang sama dilalui oleh setiap individu sewaktu mereka masih kecil. Jika dahulu, ibu bapa mereka yang membelikan pakaian baharu untuk mereka, hari ini mereka pula membelikan pakaian baharu untuk anak-anak. Mereka tahu nikmat kegembiraan yang dirasai oleh anak-anak sebagaimana mereka dibesarkan oleh orang tua mereka terdahulu.

Namun, kemeriahan hari raya juga perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza. Lain orang, lain tahap kegembiraan mereka. Tidak semua mereka yang menyambut hari raya dalam suasana gembira. Ada yang menyambut hari mulia ini dalam suasana yang muram akibat baru kehilangan anggota keluarga dan orang tersayang, ditimpa malapetaka seperti bencana alam, menghadapi penindasan, dihimpit kemiskinan dan sebagainya. Di sesetengah negara, rakyatnya menyambut hari raya dalam ketakutan akibat peperangan. Ketika umat Islam menikmati juadah lazat di negara ini, mereka menggalas senjata di medan perang demi menegakkan kesucian agama dan kedaulatan tanah air.

Ramai juga berduka

Di Malaysia, walaupun rata-rata umat Islam menyambut Aidilfitri dalam suasana gembira, ramai juga antara mereka yang berduka. Mereka hanya dapat mendengar atau melihat kegembiraan yang dialami oleh orang lain sedangkan tidak dapat membayangkan erti kegembiraan sebenarnya. Bagi mereka yang berasakan hari raya ini memberi kegembiraan kepada diri dan keluarga, sepatutnya bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pada hari yang mulia ini mereka pulang ke kampung halaman bersama anak dan isteri untuk bertemu ibu dan ayah, adik beradik serta saudara mara. Mereka bermaaf-maafan dan berbual mesra merapatkan hubungan silaturahim. Mereka gembira melihat anak-anak bermesra bersama datuk dan nenek serta keluarga mereka dan menjamu selera dengan bermacam juadah yang disediakan. Datuk dan nenek pula melepaskan kerinduan dengan hilai dan ketawa terhadap cucu-cucu yang pulang berhari raya bersama mereka. Mereka bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk melihat telatah cucu yang sedang membesar.

Bagi mereka yang sudah tidak mempunyai ibu dan ayah pula, walaupun terpancar tanda-tanda kegembiraan, mereka tidak dapat menyembunyikan kesayuan di wajah, apatah kerinduan terhadap keluarga yang sudah tiada lagi. Ini adalah kehilangan kekal yang sukar dicari ganti. Ketika melihat orang lain bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan ayah, mereka hanya mampu mengimbau peristiwa silam ketika ayah dan ibu yang melahirkan mereka masih ada.

Bagi media, sepanjang bulan Ramadan ini, banyak menyiarkan berita sedih yang menimpa umat Islam. Ada yang menderita akibat mengalami pelbagai penyakit, penderitaan ditanggung ibu atau ayah akibat penyakit yang dihidapi anak, ditimpa kemalangan, kecacatan dan sebagainya. Walaupun tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan meraih simpati, namun, bagi mereka yang terbabit, ia adalah ibarat 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.'

Anak yatim dirai

Ada antara mereka menceritakan bagaimana mereka menjadi anak yatim piatu dan terpaksa menanggung adik-adik yang masih kecil akibat pelbagai pancaroba dunia. Ada antara ibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit kronik, kemiskinan dan sebagainya. Semua ini adalah antara teladan dan

Ahad, 5 Julai 2015

Risalah Ramadhan

Risalah Menyambut Bulan Ramadhan

risalah bulan ramadhan

Risalah Ramadhan

Bulan Ramadhan memiliki keistimewaan di banding bulan-bulan yang lain, di antaranya:
– Pada bulan Ramadhan, Al Qur’an diturunkan (lih. Al Baqarah: 185).
– Pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu (HR. Bukhari)
– Di bulan itu ada malaikat yang menyeru, “Wahai orang yang menginginkan kebaikan, bergembiralah!. Wahai orang yang menginginkan keburukan, berhentilah!.” (HR. Ahmad dan Nasa’i, sanadnya jayyid)
– Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu. (HR. Bukhari)
– Amal saleh di bulan Ramadhan dilipatgandakan pahalanya. Contohnya berumrah di bulan Ramadhan sana seperti berhajji bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
– Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak kesturi (HR. Bukhari)
– Di bulan Ramadhan terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, yaitu Lailatul Qadr (lih. Surat Al Qadr).
– Dan keutamaan lainnya yang begitu banyak.

Khasiat Al Asmaul Husna






Khasiat Al Asmaul Husna

       “ya Alllah!” apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat taahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar dalam mencapai segala yang yang dihajati.

       “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang, dan sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3      “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, insyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta saying terhadap kita.

4      “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yg diredhai Alllah.

      “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dll.

       “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136x, inayaAllah  jasmani dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi sihat, segar, dan sejahtera.

7      “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236x insyaAllah diri kita,keluarga dan kekayaan yg dimiliki akan terplihara & aman dari segala macam gangguan yg merosakkan.

       “Ya Muhaimin!” apabila dizirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang dan bersih.

       “Ya Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh, insyaAllah kita akan menjadi orang yg mulia, disegani dgn org kerana penuh kewibawaan.

1   “Ya Jabbar!”  apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang,semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

1      “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.


       “Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau 731x, insyaAllah yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amaln ini akan menjadikan otak kita cerdas dan cepat tangkap(faham).

       “Ya Baarii!” sekiranya kita berada dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaAllah kita akn terlepas dari keesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

       “Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yg sudah lama tidak mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari ahad hingga hari sabtu. Di waktu hendak berbuka  puasa, ambil segelas air dan dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak  21x, kemudian diminum air tesebut utk berbuka puasa. Bagi seorang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari, kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalaah zikir ini sebanyak 10x, insyaAllah alan dikurniakan anak yg soleh.

5      “Ya Ghaffar!” sambil beri’tikaf, bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

       “Ya Qahhaar!” dizikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan, dan kemewahan dunia & insyaAllah org-org yg selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.


       “Ya Wahhaab!” dizikirkan sebanyak 100x slepas solat fardhu, barang siapa yg selau berada dalam kesempitan, insyaAllah segala kesulitan atau atau kesempitan dalam soal apapun akan hilang.
.      
  “  Ya Razzaq!” dizikirkan mengikut kemampuan setalah solat fardhu khususnya selepas solat subuh, insyaAllah akan dipermudahkan rezeki yg halal dan membawa berkat.

       “Ya Fattah!” dizirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaAllaah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

      “Ya ‘Aalim!” dizikirkan sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaAllah akan mendapat kemakfiratan yg sempurna.

       “Ya Qaabidhu!” dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, maka dirinya akann semakin dekat dgn Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

       “Ya Baasithu!” bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha dan berniaga itu dgn memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, insyaAllah rezeki akan menjadi murah.
8      “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci , khusyuk dan tawaduk, insyaAlah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila empunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

       “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, insyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat lain akan selamat & terhindar dati kecurian.

       “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaAllah akan memperoleh kewibawaan yg besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

1   “Ya Muziil!” perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada org berhutang kpd kita & sukar utk memintanya, insyaAllah sipenghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

1   “Ya Samii!” sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat dhuha, insyaAllah doa akann mustajab.

1  “Ya Bashiir!” dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat jumaat, insyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik dan hidayah dari Allah.

       “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaAllah dpt  membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmi-ilmu agama.


       “Ya Adllu!”dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

3      “Ya Lathiif!” dengan memperbanyakkan zikir ini, mengikut kemampuan, insyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya akann menjadi laris & maju.

       “ya Khabiir!” dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yg teramat banyak sekali sesuai dgn maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dgn teman atau anak yg telah terpisah sekian lama.

       “Ya Haliim!” dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yg mempunai kedudukan dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, insyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

       “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12x setiap hari utk org yg sekian lama menderita sakit, insyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan, lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan dan sebagainya.

       “Ya Ghafuur!” bagi org yg bertaubat, hendaklahh memperbanyakkan zikir ini dgn mengakui dosa-dosa & beriktiad utk tidak mengulanginya, insyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

       “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai prngucapan terima kasih kpd Allah, insyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yg penting & terdesak.

       “Ya Aliy!” untuk mencerdaskan otak anak kita yg bebal, tulislah zikir ini sebabyak 110x (**dalam bahasa arab bukan bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yg dingin & diberikan sianak meminumnya, insyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang dan tidak dungu lagi. insyaAllah mujarab.

1   “Ya Kabiir!” bagi seseorang yg kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara satu fitnah, maka bacalah  zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kpd Allah. Lakukanlah sesudah solat malam(tahajjud atau hajat).

1  “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99x insyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabilakita berada di dalam hutan.

1“Ya Muqiit!” sekiranya kita berada dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana  sahaja sehingga sukar utk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini, insyaAllah badan kita akan menjadi kuat & sedar kerana rasa lapar akan hilang.

1   “Ya Hasiib!” utk memperteguhkan jawatan yg sudah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit dan selepas solat maghrib, insyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

.   “Ya Jaliil!” barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yg terakhir, insyaAllah kita akan mendapati perubahan yg mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukn kita akan lebih tinggi dan terhormat & seterusnya dgn izin Allah.

1   “Ya Kariim!” untuk mencapai darjat yg tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yg mengamalkan zikir ini.

1   “Ya Raqiib!” bagi meminta pertolongan kpd Allah terhadap penjagaan barang yg dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dgn niat agar barang-barang yg dikhuatirkan yg berada di tempat yg jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakal dan yakinnlah kpd Allah. insyaAllah.

1   “Ya Mujiib!” sesungguhnya Allah adalah zat yg menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab dan diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x selepas solat subuh, insyaAllah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

       “Ya Waasi!” apabila di dalamkesulitan maka amalkan  zikir ini sebanyak 128x setiap pagi dan petang. insyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaAllah Tuahn akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


       “Ya Hakiim!” bagi pelajar atau sesiapa sahaja yg memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaAlllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar dalammenghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

      “Ya Waduud!” amalkan zikir ini seanyak 11,000x pada setiap malam, insyaAllah kita akan menjadi insan yg sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada dalam keadaan harmoni.

4      “Ya Majiid!” utk ketenteraman keluarga di mana  setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, makaamalkan zikir ini sebanyak 99x sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. insyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & danmenghormati kita sebagai ketua keluarga.

       “Ya Baa’its!” zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan di dada, insyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

       “Ya Syahiid!” apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yg suka membangkang dan sebagainya, maka dizikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

       “Ya Haq!” perbanyakkan zikir ini, insyaAllah ianya sangat berfaedah sekali utk menebalkan iman & taat dalam menjalankan perintah Allah.

       “Ya Wakiil!” sekiranya terjadi hujan yg diserati ribut yg kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaAllah bencana tersebut akan kembali reda & kembali seperti sediakala.

       “Ya Qawiy!” amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gebtar apabila berdepan dgn sebarang keadaan mahupun berdepan dgn si zalim.

   “Ya Matiin!” amalkan zikir sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali,antaranya utk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar utk mengganggu.

1   “Ya Waliy!” barangsiapa yg menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dgn izinNya, kedudukan kita akan kukuh, dan terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yg bersifat dengki.

1   “Ya Hamiid!” perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yg paling berhak menerima segala pujian.

1   “Ya Muhsyil!” sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam golongan yg selalu dekat dgn Allah(muraqabah), maka amalkan sebanyak mungkin zikir ini sesudah solat 5 waktu.

1   “Ya Mubdiu!” agar segala apa yg kta rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. insyaAllah….

1   “Ya Mu’id!” andai ada anggota keluarga yg menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. insyaAllah dipertunjukkan hasilnya.

1   “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, insyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

1   “Ya Mumiit!” barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan dipernudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

1   “Ya Hayyu!” untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

1   “Ya Qayyuum!” telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yg ingin memperoleh harta yg banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yg terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1000x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, insyaAllah akan tercapai segala hajat.

.   “Ya waajid!” andai berkeinginan berkeperibadian yg kukuh, tidak  terpengaruh dan teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

2   “Ya Majiid!” demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan  hati utk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

2   “Ya Waahid!” bagi pasangan yg belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin utk menimangnya, amalkan zikir ini sebanyak 190x setiap kali menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan dan selama itu juga henfaklah berpuasa sunat isnin & khamis, insyaAllah…

   “Ya Somad!” ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kpd Allah dgn zikir ini sebanyak mungkin, insyaAllah diri kita akan berasa segar & sentiasa.

2   “Ya Qaadir!” apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, insyaAllah segala hajat akan berhasil.

   “Ya Muqtadir!” agar tercapai tujuan yg dikehendaki, selain dari ikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dgn zikir ini beberapa mampu sehingga ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

       “Ya Muqaddim!” menurut amam Ahmad bin Ali Al-Buuniy beliau berkata “barangsiapa yg berzikir dgn zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil.


       “Ya Muahkhir!” bagi meninggikan lagi ketaatan kita kpd Allah, perbanyakkanlah zikir ini.


3      “Ya Awwal!” barangsiapa yg mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaAllah segala apa yg dihajati akan diperkenankan Allah.



       “Ya Aakhir!” amalkann berzikir sebanyak 200x ssudah solat 5 waktu selama satu bulan, insyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yg halal.

      “Ya Dhaahir!”  amalkan zikir ini sebanyak 1106x selesai solat waktu ditempat yg sunyi(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yg pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

      “Ya Baathinu!” seperti no.  75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.
     
    “Ya Waaliy!” memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boeh menyebabkan sesorang itu menjadi orang yg ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

       “Ya Muta’aAliy!” sekiranya kita akan berjumpa dgn mereka yg berkedudukan yg tinggi atau mereka yg sukar utk dipenuhi, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. insyaAllah dgn mudah kita akan berjumpa dgnnya & segala hajat yg penting-penting akanberhasil.

       “Ya Bar!” amalkan zikir ini sebanyak mungkin setip hari, insyaAllah segala apa yg kita hajati akan terlaksana dgn mudah.

     “Ya Tawwaab!” bagi orang yg selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dgn mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yg lurus.

     “Ya Muntaqim!” jika kita berhadapan dgn orang yg zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini  setiap kali sesudah solat fardhu. insyaAllah kita akan mendapat pertolongan Allah.

    “Ya ‘Afuww!” barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

    “Ya Rauuf!” bagi sesiapa yg inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yg memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu, samada pada waktu siang mahupun malam.

    “Ya Maalikul Mulki!” seseorang pengarah atau ketua yg ingin keduduka yg kekal dan tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu diamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu dan 212 pada setiap malam selama sebulan. insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

     “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, insyaAllah segala hajat kita akan tercapai dgn pertolongan Allah.

.   “Ya Muqsith!” berzikirlah dgn zikir ini mengikut kemampuan, insyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yg mengamalkannya.

    “Ya Jaami’!” sekiranya ada di kalangan keluarga kita atau isteri kita yg lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dgn niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yg lari itu akan pulang dalam jangka waktu yg singkat.

    “Ya Ghaniy!” amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaAllah apa  yg kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yg kita perolehi itu akan mendapat berkat.

    “Ya Mughniy!” mintalah kekayaan yg bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

    “Ya Maani!” andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, insyaAlllah kita akan terhindar dari orang-orang yg zalim & suka membuat angkara.

    “Ya Dhaarr!” asma ini sangat berguna dalam ikhtiar utk meyembuhkan sesuatu penyakit yg mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit ini akan sembuh.

    “Ya Naafi!” menurut imam Ahmad al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yg susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

    “Ya Nuur!” menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Syawi, baranfsiapa yg menghendaki kemulian yg agung & memperolehi apa yg dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi dan petang.

    “Ya Haadiy!” baigi sesiapa yg dalam perjalanan ke sesuatu  tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akakn diberikan pertolongan Allah akakn cepat lepas dari kesesatan tersebut.

    “Ya Baadii!” andai kita mempunyai rancangan yg sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. insyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.

    “Ya Baaqy!” amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, insyaAllah dengan ikkhtiar ini semua pekerjaan yg telah menjadi punca rezeki kita tidak mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dgn berkat zikir ini.

    “Ya Waarits!” sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. insyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasildengan baik & memberangsangkan.

    “Ya Rasyiid!” walaupun kita tergolong dalam golongan yg cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah ceedas.

 .   “Ya Shabuur!” agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala  hal, maaka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kpd Allah usaha & upaya akan mencapai kejayaan.