Jumaat, 3 Julai 2015
Kalimah Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) adalah kalimah yang besar ertinya disisi Islam. Ia adalah suatu kalimah yang mengandungi makna yang menafikan terhadap segala bentuk penyembahan selain daripada Allah s.w.t dan ia juga menetapkan bahawa penyembahan itu wajib ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata. Firman Allah s.w.t
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
"Maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah" (Muhammad:19)
Rasululullah s.a.w bersabda:
مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّالله مُخْلِصًا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang berkata 'tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)' dengan ikhlas, maka Allah akan memasukannya ke dalam syurga '" (Riwayat Ahmad: Sahih)
Maksud ikhlas di dalam hadith diatas adalah orang yang benar-benar memahami dengan sebenar-benarnya pengertian kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله itu, kemudian mengamalkannya lalu mendahulukan erti dan maksud kalimah ini dalam mentauhidkannya. Ini kerana kalimah ini mengandungi pengesaan kepada Allah s.w.t, yang juga tujuan diciptakan seluruh manusia, jin dan alam ini.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyeru kepada ayah saudaranya, Abu Thalib saat dia sedang nazak:
يَا عَمَّ قُلْ لاَإِلَهَ إِلَّااللهُ كَلِمَةً أُحِجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَاللهِ، وَأَبَى أَنْ يَقُولَ: لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ
"Wahai ayah saudaraku, katakanlah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله sebuah kalimah yang kelak akan menjadi hujjah atas keislamanmu di hadapan Allah s.w.t. Namun ayah saudaranya itu enggan menucapkannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w tinggal di Makkah selama tiga belas tahun dan dalam tempoh masa itu, Baginda senantiasa menyeru kepada kaumnya agar mengucap kalimah tauhid ini. "Katakanlah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله , namun mereka menjawab "Kami disuruh untuk menyembah kepada satu Tuhan sahaja? Sungguh ini adalah suatu perkataan yang aneh yang belum pernah kami dengar sebelum ini! ". Ini kerana mereka sebenarnya mengetahui dengan sebenarnya makna kalimah ini bererti mereka tidak akan menyembah sesuatu selain Allah Tuhan Yang Esa memandangkan tuhan mereka sebelumnya begitu banyak sekali. Ini menyebabkan mereka tidak mahu mengikut seruan Rasulullah s.a.w. Sikap mereka ini telah disebut oleh Allah dalam firmanNya dalam surah As-Saffat ayat 35-37:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
"Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, "
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ
"Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?""
بَلْ جَاءَ بِالْحَقِّ وَصَدَّقَ الْمُرْسَلِينَ
(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلَّااللهُ وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دَوْنِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ
"Barang siapa mengucap kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله dan mengingkari adanya sembahan lain selain daripada Allah, maka harta dan darahnya haram untuk dirampas " (Riwayat Muslim)
Hadith ini bermaksud bahawa mengucapkan kalimah syahadah itu bermakna kita menginkari semua bentuk ibadah selain kepada Allah s.w.t seperti meminta kepada kubur, berhajat dan meminta kepada bomoh dan dukun dan sebagainya. Realitinya umat Islam kini walaupun telah mengucap kalimah syahada namun sebahagiannya masih menyampaikan hajat dan meminta kepada selain daripada Allah s.w.t sedangkan mereka sudah pasti tidak mampu memberi sebarang manfaat dan mudharat kepada kita disebabkan mereka juga makhluk ciptaanNya.
Kalimah ini adalah landasan tauhid yang utama dalam Islam dan pedoman yang besar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan