Ahad, 5 Julai 2015

Kisah-kisah teladan

Kisah-kisah teladan

 1. ALQURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."


2. ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam
amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu
(muslimin).
· Bacalah Al-Qur'an
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan
dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan
akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang
takut kepada perangaimu
yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang
berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang
akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan
anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap
keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi
orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."


3. KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.


4. KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu
sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit
yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit
ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-
Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil
manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya
sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya
daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku
daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka
dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu.
Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis
tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud
lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan
sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang
bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa
menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat
indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu
seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan
wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua
bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan
janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi
dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan
cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia
menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang
rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi
kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan
sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S
dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang
membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah
aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak
aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir
aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan
dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni
atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan
maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi
yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan
pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka
dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan
kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat
perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan
senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anakanak
itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka
dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang
tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini
ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah
orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan
kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan
kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada
mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (sematamata)
tipuan."


5. KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila
di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil
memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan
memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam
rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah
berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil
meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang
sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya
baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu
umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga
mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya
sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan
kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan
bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai
Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di
mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka samasama
berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai
anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah
lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang
lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan
ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula
dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka
menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."
Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"
Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebathebat
keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke
rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari
jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para
pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk
dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan
telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan
manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul
maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang
memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan
yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku
terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka
berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat
kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang
memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku
sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab
ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku
dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari
kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari
rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan
kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi
Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku
mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya
hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."


6. KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya
telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-
Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau
orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang
banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia
dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari
siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua
dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam
kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya
sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah
orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau
sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang
telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap
soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil
takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan
dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan
dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya
dan begitu juga seterusnya.


7. TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam
kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda
yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain
sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar ALKhatab
apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa
itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan,
pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya
ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang
bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum
arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan
perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa
kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya
yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu.
Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah
menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat,
dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar
dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan
pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan
sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka
Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang
yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul
Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


8. DIPOTONG TANGAN KERANA BERSEDEKAH
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam
kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang
kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang
kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja
gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang
bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan
orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia
menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam
keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke
rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang
kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah
tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa
anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis
tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun
memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami
hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya
dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga
telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya
menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya
melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa
orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan
tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan
tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tibatiba
terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu
wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan
kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan
tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam
keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan
menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu
kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka
sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia
telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya
dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi
kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa
menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah
S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila
dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama
dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


9. PERBUALAN ANTARA NABI MUHAMMAD SAW DENGAN IBLIS
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada
Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda
tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan
menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang
tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau
bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah
musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang
lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di
kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan
solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa
sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah
kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana
sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah.
Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi
kawan kekasih Allah.


10. RAHSIA KHUSYU' DALAM SOLAT
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat
khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang
khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan
aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat
terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku'
dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30
tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


11. KISAH UNTA MENJADI HAKIM
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang
Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari
golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang
Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu
kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit
seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya
aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah,
sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari
unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah
engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai
Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi
itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang
Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah
Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam
sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat
juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau
membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahalapahalanya
sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari
segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.
Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu
mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang
menghakimkannya.


12. KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YG BERLAKU PADA HATI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang
berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi
kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan
menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi
makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari
Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat
Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W,
adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka
berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan
langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura,
menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga
Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan
Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan
penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat
Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud
pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga
pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


13. MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di
sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan
semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di
atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa
mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia
mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh
menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta
mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,
"....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa
yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa
yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa
yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa
yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya
semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh
itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat
tepat pada sasarannya.


14. KASIH SAYANG ALLAH SWT

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat
orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan
sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada
Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah
kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu
kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa
terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus
asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan