Khamis, 23 Julai 2015
Suka, duka sambut Aidilfitri perlu dijadikan iktibar
Oleh Mior Kamarul Shahid
miorkamarul@gmail.com
AIDILFITRI adalah hari istimewa kepada umat Islam untuk bergembira setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Di sesetengah tempat, hari raya yang jatuhnya pada setiap 1 Syawal, disambut dengan meriah. Rumah terbuka dengan pelbagai makanan dan kuih-muih disajikan kepada saudara-mara dan sahabat-handai yang datang berkunjung.
Bagi anak-anak, ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu yang menjanjikan mereka dengan pakaian baharu pelbagai warna. Kegembiraan berhari raya yang dirasai oleh anak-anak ini adalah proses yang sama dilalui oleh setiap individu sewaktu mereka masih kecil. Jika dahulu, ibu bapa mereka yang membelikan pakaian baharu untuk mereka, hari ini mereka pula membelikan pakaian baharu untuk anak-anak. Mereka tahu nikmat kegembiraan yang dirasai oleh anak-anak sebagaimana mereka dibesarkan oleh orang tua mereka terdahulu.
Namun, kemeriahan hari raya juga perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza. Lain orang, lain tahap kegembiraan mereka. Tidak semua mereka yang menyambut hari raya dalam suasana gembira. Ada yang menyambut hari mulia ini dalam suasana yang muram akibat baru kehilangan anggota keluarga dan orang tersayang, ditimpa malapetaka seperti bencana alam, menghadapi penindasan, dihimpit kemiskinan dan sebagainya. Di sesetengah negara, rakyatnya menyambut hari raya dalam ketakutan akibat peperangan. Ketika umat Islam menikmati juadah lazat di negara ini, mereka menggalas senjata di medan perang demi menegakkan kesucian agama dan kedaulatan tanah air.
Ramai juga berduka
Di Malaysia, walaupun rata-rata umat Islam menyambut Aidilfitri dalam suasana gembira, ramai juga antara mereka yang berduka. Mereka hanya dapat mendengar atau melihat kegembiraan yang dialami oleh orang lain sedangkan tidak dapat membayangkan erti kegembiraan sebenarnya. Bagi mereka yang berasakan hari raya ini memberi kegembiraan kepada diri dan keluarga, sepatutnya bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pada hari yang mulia ini mereka pulang ke kampung halaman bersama anak dan isteri untuk bertemu ibu dan ayah, adik beradik serta saudara mara. Mereka bermaaf-maafan dan berbual mesra merapatkan hubungan silaturahim. Mereka gembira melihat anak-anak bermesra bersama datuk dan nenek serta keluarga mereka dan menjamu selera dengan bermacam juadah yang disediakan. Datuk dan nenek pula melepaskan kerinduan dengan hilai dan ketawa terhadap cucu-cucu yang pulang berhari raya bersama mereka. Mereka bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk melihat telatah cucu yang sedang membesar.
Bagi mereka yang sudah tidak mempunyai ibu dan ayah pula, walaupun terpancar tanda-tanda kegembiraan, mereka tidak dapat menyembunyikan kesayuan di wajah, apatah kerinduan terhadap keluarga yang sudah tiada lagi. Ini adalah kehilangan kekal yang sukar dicari ganti. Ketika melihat orang lain bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan ayah, mereka hanya mampu mengimbau peristiwa silam ketika ayah dan ibu yang melahirkan mereka masih ada.
Bagi media, sepanjang bulan Ramadan ini, banyak menyiarkan berita sedih yang menimpa umat Islam. Ada yang menderita akibat mengalami pelbagai penyakit, penderitaan ditanggung ibu atau ayah akibat penyakit yang dihidapi anak, ditimpa kemalangan, kecacatan dan sebagainya. Walaupun tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan meraih simpati, namun, bagi mereka yang terbabit, ia adalah ibarat 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.'
Anak yatim dirai
Ada antara mereka menceritakan bagaimana mereka menjadi anak yatim piatu dan terpaksa menanggung adik-adik yang masih kecil akibat pelbagai pancaroba dunia. Ada antara ibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit kronik, kemiskinan dan sebagainya. Semua ini adalah antara teladan dan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan