Jumaat, 7 Ogos 2015

MAKTAB MAHMUD 2015 ENGLISH FESTIVAL




     Pada 27 Julai 2015,jam 8 pagi hingga 1.30 tengahari telah diadakan Maktab Mahmud English Festival bertempat di Maktab Mahmud Pendang yang melibatkan 12 buah Maktab Mahmud dan sebuah Maahad Tahfiz Darul Aman di negeri Kedah.Majlis tersebut di serikan dengan kehadiran oleh wakil-wakil atasan daripada Lembaga Maktab Mahmud iaitu Tuan Haji Rohaizad bin Rashid,Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud,En.Shafie bin Ismail,Pegawai Akademik Lembaga Maktab Mahmud dan En.Mohd Shauki Bik Bin Mohd Kasim,Pegawai Ko-kurrikulum Lembaga Maktab Mahmud.Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua Maktab Mahmud Pendang iaitu Pn. Rafida binti Ramli.Pihak sekolah dan pelajar-pelajar bertungkus lumus dalam menjayakan majlis tersebut.Bertempat di Surau Abdul Majid diadakan Speech Competitions bagi kategori putera dan Bilik Tayangan bagi kategori puteri.Manakala di perpustakaan diadakan Spell It Right bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.Seterusnya,bertempat di Dewan diadakan Choral Speaking bagi kategori lelaki dan di asrama Aspuri bagi kategori perempuan.Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang.Selamat maju jaya.

Photo Gallery by QuickGallery.com<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan